Nation
86
0

Bank Islam beri bantuan kewangan RM37.9 bilion

Kuala Lumpur – Bank Islam Malaysia Bhd telah membantu seramai 350,000 individu dan syarikat perniagaan yang terjejas akibat pandemik Covid-19 menerusi bantuan kewangan dengan jumlah pembiayaan yang tertunggak sekitar RM37.9 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Muazzam Mohamed berkata sejak program Bantuan Pembayaran Semula Bersasar Bank Islam pada Oktober tahun 2020, hampir 24,000 permohonan dengan jumlah pembiayaan melebihi RM3 bilion telah diluluskan di bawah program tersebut.

“Sebagai bank yang bertanggungjawab, kami mahu membantu pelanggan menguruskan kewajipan kewangan mereka, terutama pada masa yang sukar ini.

“Bank Islam telah berhubung dengan pelanggan secara konsisten untuk memberikan sokongan kepada mereka. Kami kekal komited untuk membantu mereka dalam menempuh masa yang sukar ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Bank Islam memberi jaminan bahawa perkhidmatan perbankannya dapat terus diakses melalui platform perbankan mudah alih dan dalam talian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk memenuhi keperluan perbankan pelanggannya. — Bernama

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu