Nation
77

Bantu mangsa tanpa menghitung sempadan politik : Pemuda MIC Bdr Tun Razak

Kuala Lumpur 15 April 2021- Ribut Petir yang melanda Ibukota telah mengakibatkan kerosakan teruk di beberapa unit rumah sekitar Perumahan Awam DBKL Sri Pulau Pinang , Bandar Tun Razak. Sehingga kini dianggarkan 4 keluarga telah ditempatkan ke Dewan Komuniti sementara rumah mereka diperbaiki. Didapati warga emas, ibu sarat mengandung bersama anak kecil ditempatkan dalam dewan yang berhampiran dengan kawasan perumahan mereka.

Insiden ini telah mendapat perhatian Saudara Andrew David, Timbalan Ketua Pemuda MIC Wilayah Persekutuan dan Penyelaras Pemuda MIC Bahagian Bandar Tun Razak. Beliau bersama pemuda MIC Bandar Tun Razak telah turun melawat mangsa dan telah menghulurkan bantuan keperluan asas.

Semasa sessi ini , pelbagai rintihan yang telah diluahkan mereka, antara yang menarik perhatian saya adalah Ahli Parlimen Bandar Tun Razak – YB Dato’ Haji Kamarudin (Timbalan Menteri Luar Negeri) masih belum lagi berkesempatan melawat mereka.

“Saya berharap semua pihak dapat turut serta dalam membantu keluarga mangsa tanpa sempadan politik,” ujar Andrew.

Dikala pandemik melanda , mushibah ribut ini telah menjejaskan teruk situasi keluarga ini dari segi punca pendapatan serta kos-kos yang bakal ditanggung bagi mengantikan peralatan elektronik di rumah serta perkakas asas rumah mereja.

“Saya difahamkan bahawa mangsa tidak mempunyai kepastian dan suatu tarikh yang mereka dapat pindah semula ke rumah mereka. Dianggarkan 4 – 6 minggu untuk memperbaiki bumbung serta kerosakan lain di rumah mereka oleh Pihak DBKL.”

Mereka terpaksa mengharungi kesusahan serta ketidak selesaan ini menjelang bulan Ramadhan ini.

“Saya akan berusaha untuk membantu keluarga-keluarga ini dengan menghubungi pihak-pihak yang terbabit.”

“Terima kasih saya ucapkan kepada Datuk S. Rajah (Pengerusi MIC WP merangkap Ahli Lembaga Penasihat DBKL), Datuk N. Sivakumar (Timb. Pengerusi MIC WP) dan En. Vijayamohan (Pengerusi MIC Bahagian Bdr. Tun Razak merangkap Setiausaha MICWP) diatas segala petunjuk dan nasihat.”

Besar harapan mereka agar Pihak DBKL dan Kementerian Wilayah Persekutuan menzahirkan keperihatinan dengan bertindak SEGERA memperbaiki kerosakan yang dialami.

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu