Social
707

Bapa dihukum tembak hingga mati

Yemen – Seorang bapa dihukum mati di hadapan khalayak menggunakan raifal AK-47 selepas didapati bersalah membunuh tiga orang anak perempuannya yang masih kecil, lapor akhbar The Sun.

Ali Abdullah al-Naomi didapati bersalah membunuh Rahaf, 7, Raghdad, 12 dan Malak, 14 dengan membiarkan mereka lemas di dalam sebuah tangki air akibat perselisihan faham dengan isterinya pada Jun 2019.

Dia dibawa ke Dataran Tahrir di Sana’a  bersama dua lelaki lain yang juga dihukum bunuh atas kesalahan merogol dan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berumur 8 tahun.

Selepas ditembak, mayat pesalah akan digulung di dalam karpet dan dibawa keluar dari dataran itu oleh anggota tentera.

Ia merupakan hukuman mati di hadapan orang awam  pertama di Sana’a sejak Ogos 2018.

Yemen merupakan antara negara yang melaksanakan hukuman mati, malah  turut membenarkan kanak-kanak hadir menyaksikan pelaksanaannya.

Pada 2019, dua pedofilia dihukum bunuh di bandar Aden atas kesalahan merogol dan membunuh seorang kanak-kanak berusia 12 tahun. — Agensi

Tags: , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu