Social
431

Bapa penggal kepala anak perempuan

New Delhi – Seorang lelaki di Uttar Pradesh, utara India mengejutkan orang ramai apabila ‘berarak’ di jalan raya sambil membawa kepala anak perempuannya yang dipenggal.

Sarvesh Kumar membunuh anaknya, Neelam yang berusia 17 tahun dan menganggap tindakan itu sebagai ‘pembunuhan terhormat.’

Kumar didakwa bertindak sedemikian kerana berang selepas mengetahui anaknya menjalin hubungan dengan lelaki yang tidak dikenali.

Dalam rakaman video, dia dilihat berjalan tanpa memakai kasut di jalanan bersama kepala mangsa dan menuju ke balai polis.

Penduduk cuba menghampiri Kumar dengan seorang daripada mereka memeriksa sekiranya lelaki itu ada membawa senjata.

Dia juga menganggap perkara itu tidak bermasalah, malah sempat menjawab panggilan telefon dan memaklumkan kepada orang ramai bahawa badan anaknya masih berada di rumah.

Kumar turut berikrar untuk membunuh kekasih anaknya jika berjaya mencari lelaki berkenaan.

Polis berjaya menemui mayat Neelam dan sudah dihantar ke hospital untuk dibedah siasat.

Susulan kejadian, polis menahan Kumar bersama isterinya untuk tindakan lanjut.

‘Pembunuhan terhormat’ merujuk kepada pembunuhan ke atas seseorang biasanya, wanita yang melanggar adat budaya, masyarakat dan agama. – Harian Metro

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu