Social
210
0

Bapa tikam bayi dipenjara 10 tahun

Petaling Jaya – Seorang pekerja kedai aksesori kenderaan yang menikam bayi perempuannya berusia 18 bulan hingga parah dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini.

Hukuman itu dijatuhi Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar selepas tertuduh, Muhammad Safwan Shafie, 27, mengaku bersalah terhadap pertuduhan terbabit.

Tertuduh dilihat menangis apabila ditunjukkan gambar anaknya oleh mahkamah untuk tujuan pengecaman.

Dia didakwa cuba membunuh dengan menikam perut anak perempuannya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah flat di Puchong Permai, Puchong, dekat sini, pada jam 4.30 petang, 12 Disember lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shanur Farrahin Shapri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Harian Metro pada Sabtu lalu melaporkan bayi perempuan parah selepas ditikam bapanya di Puchong Permai.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Abd Khalid Othman dilaporkan berkata, suspek dikatakan mengamuk secara tiba-tiba dan bertindak menikam anak perempuannya itu. – Harian Metro

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu