Nation
244

Bas bawa Ahli Parlimen tiba di Istana Negara

Kuala Lumpur – Istana Negara terus menjadi tumpuan hari ini, tiga hari selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, Isnin lepas.

Bas membawa Ahli-ahli Parlimen UMNO dilihat memasuki Pintu Dua Istana Negara pada pukul 10.38 pagi, diikuti lebih 10 kenderaan lain.

Turut kelihatan, bas yang membawa Ahli-ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS), tiba pada pukul 10.44 pagi.

Difahamkan, Ahli Parlimen dari Barisan Nasional (BN), Bersatu dan PAS juga antara yang dijadual tiba di Istana Negara antara pukul 11 pagi hingga 4 petang ini.

Pada pukul 4 petang semalam, tamat tempoh untuk Ahli-ahli Parlimen menyerahkan satu surat akuan bersumpah bagi menamakan seorang calon perdana menteri kepada Istana Negara.

Notis itu yang dikeluarkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun kepada 220 Ahli Dewan Rakyat, bagi membolehkan seorang daripada mereka yang mempunyai kepercayaan majoriti dilantik sebagai perdana menteri, susulan peletakan jawatan Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh, Isnin lepas, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu