KOTA BHARU — Jururawat ditahan susulan bayi berusia 30 hari meninggal dunia selepas diberi susu di sebuah pusat jagaan berpantang di Kota Bharu, Kelantan.
Suspek yang ditahan 6 petang Selasa akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu esok bagi permohonan reman selepas bayi lelaki itu disahkan meninggal dunia ketika dibawa untuk rawatan di Kota Bharu Medical Centre (KBMC), semalam.
Ketua Polis Kota Bharu, Mohd Rosdi Daud, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pengabaian sehingga menyebabkan kematian seorang bayi di IPD Kota Bharu, kira-kira 8.24 pagi tadi.
Katanya, jururawat berusia lingkungan 20-an itu disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.