Kuala Lumpur Post

Social

Bayi 8 bulan ditemukan meninggal dunia di taska

ALOR GAJAH — Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan ditemukan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di Kelemak, di sini.

Difahamkan, bayi berkenaan baru beberapa hari dihantar ke TASKA terbabit untuk dijaga sebelum ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira jam 9.15 pagi Jumaat.

Tinjauan di lokasi kejadian kira-kira jam 7.30 malam ini mendapati pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih berada di premis terbabit bagi menjalankan siasatan lanjut, lapor BH Online.

Perkarangan Unit Forensik Hospital Alor Gajah turut dipenuhi ahli keluarga dan kenalan ibu bapa bayi terbabit yang menunggu proses bedah siasat dijalankan.

Dilaporkan, bayi berkenaan akan dikebumikan pada malam ini sejurus selesai proses bedah siasat.