Social
2K

Bayi lelaki diberi nama Ghlynnyl Hylhyr Yzzyghyl

Manila – Sebuah keluarga di Filipina menamakan bayi mereka yang baru dilahirkan dengan nama unik yang sukar dieja dan disebut.

Bayi lelaki berkenaan dinamakan Ghlynnyl Hylhyr Yzzyghyl Mampuan Buscato.

Datuk bayi itu, Raugyl Ferolin Estrera dari Carmen, Cotabato berkata, dia yang memutuskan memberikan nama unik itu untuk cucunya.

Katanya, nama itu mempunyai nilai sentimental kerana dihasilkan dengan gabungan huruf namanya, isterinya, bapa dan ibu bayi itu selain anak saudaranya.

“Jika saya memberikannya nama, ia mesti nama yang ada nilai dalam keluarga kami,” katanya dalam portal GMA News.

Bagaimanapun, Estrera berkata, ramai yang keliru dan sukar menyebut atau mengeja nama cucunya itu termasuk pegawai pendaftaran yang terpaksa mencetak semula sijil beranaknya apabila tersilap mengeja nama bayi berkenaan.

“Untuk memudahkan semua orang, saya memberikan nama panggilan lebih ringkas iaitu Consonant walaupun berbeza daripada nama asalnya.

“Apabila Consonant besar dan mula pandai membaca dan menulis nanti, kami akan mengajarnya cara mengeja dan menulis namanya.

“Kami akan jelaskan asal-usul namanya biar dia tahu pentingnya makna namanya itu,” katanya. – Agensi

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu