Social
195
0

Bayi maut dicampak monyet

Chennai – Polis di selatan India menyiasat kes seorang bayi berusia lapan hari yang dilaporkan meninggal dunia selepas dicampak monyet dari bumbung rumahnya.

Polis memberitahu AFP pada Ahad bahawa ketika kejadian, monyet menyerang bayi kembar perempuan yang sedang tidur di rumah mereka di negeri Tamil Nadu.

Ibu mangsa, Bhuvaneshwari, mendengar anaknya menangis sebelum melihat monyet itu mengambil bayi kembarnya.

Ia menyebabkan ibu mangsa mula menjerit.

Dia kemudian melihat monyet itu di atas bumbung bersama anak kembarnya.

“Mendengar jeritan wanita itu, penduduk kampung datang ke situ dan cuba membantu menyelamatkan bayi berkenaan,” kata jurucakap polis.

Secara tiba-tiba, monyet itu menjatuhkan seorang daripada bayi itu dan mencampakkan seorang lagi ke udara.

Bayi itu terjatuh ke dalam longkang dan meninggal dunia, manakala seorang lagi terselamat.

Kejadian monyet menyerang manusia dan mencuri makanan adalah perkara biasa namun haiwan itu menculik bayi manusia adalah jarang berlaku.

Dua tahun lalu, monyet mengambil bayi yang tidur di bawah kelambu di negeri Odisha.

Mangsa kemudian ditemukan meninggal dunia. – Agensi

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu