Nation
11K

Bazar Aidilfitri dibenar beroperasi hingga 2 pagi mulai esok : Ismail Sabri

Kuala Lumpur – Bazar Aidilfitri di seluruh negara dibenar beroperasi hingga pukul 2 pagi berbanding 12 tengah malam sebelum ini, berkuat kuasa esok.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata lanjutan tempoh operasi itu dibenarkan selepas mendengar rayuan daripada penjaja bazar.

“Kita dimaklumkan pengunjung mula keluar selepas solat isyak dan tarawih dan bila kita benarkan mereka beroperasi setakat pukul 12 tengah malam waktu berniaga terlalu pendek,” katanya dalam sidang media mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini. – Bernama

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu