Nation
308

Bazar Ramadan 2021 mungkin akan dibenarkan: Zuraida

Ipoh – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin membayangkan penganjuran bazar Ramadan pada tahun ini mungkin dibenarkan, dengan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih kemas dan efisien.

Beliau berkata perkara itu akan dibincangkan dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak lama lagi, dengan kementeriannya sekali lagi akan meneliti SOP apabila bermesyuarat dengan MKN.

“Saya lihat tidak ada masalah, sebab pasar dan pasar malam sudah dibuka. InsyaAllah boleh dilaksanakan (bazar Ramadan),” katanya selepas melancarkan Aplikasi Robotik Kecerdasan Buatan bersama-sama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin di Pasar Ayam Amanjaya, di sini, hari ini.

Sebelum ini Wilayah Persekutuan dan kerajaan Negri Sembilan, yang merupakan kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB), pada dasarnya bersetuju membenarkan penganjuran bazar Ramadan tahun ini, namun masih menunggu keputusan muktamad daripada MKN.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pula dilaporkan telah telah menerima 1,600 permohonan berniaga untuk bazar Ramadan dan hanya menunggu kebenaran daripada kerajaan negeri yang juga mendapat nasihat daripada MKN. — Bernama

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu