Nation
211

Bazar Ramadan & Aidilfitri di KL dibenarkan beroperasi ketika PKP

Petaling Jaya – Kerajaan membenarkan bazar Ramadan dan Aidilfitri di Kuala Lumpur beroperasi mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, antara perbezaan PKP yang akan dilaksanakan esok ialah berbanding PKP pertama ialah kerajaan akan terus mengizinkan kegiatan ekonomi diteruskan mengikut garis panduan yang ditetapkan.

“Saya nak menyentuh secara khusus supaya jangan timbul kekeliruan kerana pagi tadi ada persatuan penduduk membuat rayuan dan bertanya mengapa kerajaan buat PKP saat orang sedang berniaga dan sebagainya.

“Jadi kita ingin jelaskan sekali lagi kegiatan ekonomi pada PKP kali ini boleh diteruskan,” katanya dalam sidang akhbar secara langsung yang disiarkan di laman Facebook beliau hari ini.

Annuar berkata, bazar Ramadan boleh diteruskan esok bermula dari pukul 3 petang hingga 8 malam dengan tempoh itu tidak termasuk persediaan peniaga sebelum dan selepas memulakan perniagaan.

“Misalnya persediaan memasang khemah tidak dikira dan ia boleh dibuat lebih awal mungkin sejam sebelum sebelum dibuka kepada pengunjung pada pukul 3 namun pelanggan terakhir yang boleh diterima ialah pada pukul 8 malam.

“Selepas itu mungkin mereka memerlukan satu jam untuk kerja-kerja pembersihan dan sebagainya,” ujarnya.

Tambahnya, operasi bazar Aidilfitri ditetapkan selama 12 jam iaitu dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Katanya, pihaknya telah mengkaji rayuan peniaga yang memohon pelanjutan tempoh operasi sehingga pukul 2 pagi namun beliau mendapati berlaku kesesakan pengunjung terutamanya selepas waktu tarawih dan ia akan membuatkan pelaksanaan PKP menjadi tidak berkesan. – Kosmo Online

Tags: , , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu