Nation
190

Beberapa lokaliti di Sabah, Perak dikenakan PKPD

Kuala Lumpur – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di beberapa lokaliti di Sabah dan Perak bermula 17 Julai hingga 30 Julai ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia membabitkan Kampung Perpaduan Gumpa, Kudat; Perumahan Sabah Forest Industry (SFI), Sipitang; Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan, Tawau, di Sabah.

Katanya, PKPD juga dilaksanakan di lokaliti di daerah Kerian, Perak iaitu Apartment Tropicana Bukit Merah, Kampung Tersusun Pondok Tanjung dan Kampung Binjal.

Menurutnya, Prosedur Operasi Standard (SOP) adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini dan maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang Majlis Keselamatan Negara di www.mkn.gov.my.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, PKPD di Kilang Latexx Manufacturing Sdn Bhd dan Asrama Pekerja Kilang Latexx (Latexx Village & Ivor Hostel), Taiping, Perak dilanjutkan berkuatkuasa 17 Julai sehingga 30 Julai ini.

Katanya, PKPD di Taman Mewah, Kelemak, Alor Gajah, Melaka dan Taman Jaya Diri, Kota Kinabalu, Sabah juga dilanjutkan bagi tempoh sama.

Dalam pada itu, beliau berkata, beberapa lokaliti PKPD di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ditamatkan esok iaitu Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak, PPR Batu Muda, Kampung Padang Balang, Taman Koperasi Polis (Fasa2), Flat Sri Sabah, PPR Kampung Baru Air Panas, PPR Kerinchi, Bandar Baru Sentul dan Taman Ikan Emas.

Manakala, PKPD di dua lokaliti di Tawau, Sabah iaitu Kampung Mangga, Nasip Kita dan Kampung Kijang, Balung yang bermula 3 Julai lalu juga ditamatkan esok.

“PKPD di Kampung Lingkodon, Kota Belud, Kampung Pintas Kubu, Beaufort, Kampung Muhibbah, Putatan, dan Kampung Goshen, Kota Marudu, Sabah yang bermula pada 3 Julai ditamatkan esok,” katanya.

Katanya, PKPD di Mukim Kuala Kuantan 2 yang bermula pada 4 Julai ditamatkan pada 17 Julai, lapor Harian Metro.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu