Nation
1K

Beberapa mukim di Selangor, KL dikenakan PKPD

Kuala Lumpur – Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di mukim-mukim di Selangor dan beberapa lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selama 14 hari bermula 3 Julai hingga 16 Julai nanti.

Menteri Kanan (keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, kedua-dua negeri ini menunjukkan trend jangkitan yang tinggi dengan Selangor melaporkan purata kes harian Covid-19 antara 1,800 ke 1,900.

“Manakala di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur purata kes harian adalah dalam lingkungan 600 ke 1,000 kes. Kesemua daerah di Selangor dan Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur melaporkan insiden kes Covid-19 melebihi 12.1/100,000 penduduk.

“Data unjuran kadar nilai kebolehjangkitan (R-naught) di kedua-dua negeri ini masih dalam lingkungan 1.0 dan tidak menunjukkan trend penurunan,” jelasnya melalui satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, situasi tersebut adalah membimbangkan apabila mengambil kira kepadatan penduduk dan penularan tiga varian baharu yang lebih ganas iaitu varian Beta B.1.351 (Afrika Selatan), Delta B.1.617.2 (India).

Antara mukim yang terlibat adalah di Daerah Petaling, Hulu Langat, Sepang, Gomabak, Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.

Manakala di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula kawsan yang terlibat termasuk, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak, PPR Batu Muda, Flat Seksyen 2 Wangsa Maju dan Flat Seksyen 1 Wangsa Maju, lapor Kosmo Online.

Tags: , , , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu