Kuala Lumpur Post

klpost-minify__1_-removebg-preview
Nation

Bekalan air di 2 kawasan terjejas di Hulu Langat pulih sepenuhnya

Kuala Lumpur – Bekalan air di dua daripada 28 kawasan terjejas di Daerah Hulu Langat, iaitu Taman Sri Indah Cheras dan Kawasan Perindustrian Cheras Jaya pulih sepenuhnya pada pukul 1 tengah hari tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan berkata ini berikutan Loji Rawatan Air (LRA) di Batu 11 Cheras sudah mula beroperasi.

“Bekalan air di 26 kawasan yang masih terjejas di Daerah Hulu Langat dijangka pulih sepenuhnya pada pukul 10 pagi esok.

Bantuan menerusi lori tangki air akan terus digerakkan ke kawasan terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal semasa gangguan bekalan air tidak berjadual,” katanya.

Sementara itu, LRA Semenyih 2, LRA Sg Langat dan LRA Langat 2 yang terjejas sebelum ini sudah pulih sepenuhnya dan bekalan air diagihkan seperti biasa.

LRA-LRA berkenaan dihenti tugas kerana paras air yang meningkat dan penutupan kecemasan bekalan elektrik Ahad lepas.

Pengguna boleh merujuk kepada saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau menghubungi Pusat Perhubungan Pelanggan Air Selangor di 15300 sementara pertanyaan dan aduan boleh dikemukakan di Pusat Bantuan Pelanggan melalui laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor, lapor Bernama.

Tags: , , ,