Nation
131
0

Bekalan air di wilayah Petaling pulih sepenuhnya

Shah Alam – Semua 72 kawasan terjejas di wilayah Petaling susulan paip utama di bulatan Persiaran Tengku Ampuan, Seksyen 15, di sini, pecah pagi semalam, sudah menerima bekalan air sepenuhnya sehingga 7 pagi hari ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan memaklumkan, wilayah Klang/Shah Alam pula masih dalam proses pemulihan bekalan air apabila 84 peratus daripada 58 kawasan terjejas sudah menerima bekalan.

“Sembilan lagi kawasan di wilayah Klang/Shah Alam yang belum pulih adalah Jalan Raja Lumu, Jalan Kem, Kampung Kastam, Kampung Pendamar, Pandamaran, Persiaran Raja Muda Musa, Taman Berembang, Taman Pendamar Indah dan Taman Suria Pendamar.

“Semua kawasan ini akan menerima bekalan air secara berperingkat-peringkat dan dijangka akan pulih sepenuhnya pada 12 tengah hari, hari ini,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, Air Selangor mengucapkan terima kasih kepada pengguna di atas kesabaran dan kerjasama diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual berkenaan.

Menurut kenyataan itu, pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut dan status terkini bekalan air menerusi laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com.

Selain itu, pengguna boleh merujuk semua saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

Semalam, 130 kawasan di wilayah Klang/Shah Alam serta Petaling mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual mulai 1 tengah hari selepas paip utama di Seksyen 15 pecah. – Harian Metro

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu