Social
608

Bekas DPP dicari polis

Johor Bahru – Polis Johor sedang mengesan seorang bekas timbalan pendakwa raya, Md Azar Izwan Mohd Arifin, bagi membantu siasatan sindiket pengubahan wang haram serta jenayah komersial.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, Md Azar Izwan, 42, dicari berhubung kes pengubahan wang haram membabitkan Pengasas Winner Dynasty Group, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee, 33.

“Datuk Seri Nicky masih bebas. Ada seorang lagi suspek dicari Md Azar Izwan. Suspek yang juga bekas timbalan pendakwa raya beralamat terakhir di Puchong, Selangor.

“Saya minta individu atau keluarga yang tahu kedudukannya boleh berhubung dengan pegawai polis, Asisten Superintendan V Prakash di talian 012-5209767.

“Suspek ini salah seorang memainkan peranan penting dalam sindiket membabitkan Datuk Seri Nicky Liow. Suspek dicari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 130 V hingga 130 ZB Kanun Keseksaan bagi kesalahan kumpulan jenayah terancang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Sambutan Hari Polis ke 214 di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Johor di sini, hari ini.

Ayob Khan berkata, berhubung kes ini, seraai 92 individu ditahan dalam beberapa siri serbuan di Puchong.

Katanya, daripada jumlah itu, 40 individu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) manakala bakinya dibebaskan selepas didapati tidak terbabit secara langsung dalam kes terbabit.

“Saya tidak boleh berkongsi perincian lanjut mengenai operasi di Puchong, kerana masih ada suspek akan ditangkap. Ini kes besar membabitkan pengubahan wang haram dan jenayah komersial,” katanya. – BH Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu