Social
767

Bekas pegawai tugas-tugas khas Ahli Parlimen ditahan SPRM

Alor Star – Seorang bekas Pegawai Tugas-tugas Khas Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, kerana disyaki menyeleweng wang berjumlah RM140,600.

Sumber berkata, suspek berusia 43 tahun ditahan ketika memberi keterangan di Pejabat SPRM Sungai Petani, kira-kira jam 4.30 petang tadi.

Katanya, suspek dipercayai menggunakan kedudukannya bagi melakukan kegiatan berkenaan sejak Ogos 2019 hingga Januari 2020.

“Suspek yang pernah bertugas sebagai Pegawai Tugas-tugas Khas kepada seorang Ahli Parlimen di negeri ini dikatakan menyeleweng Peruntukan Khas Jabatan Perdana Menteri bagi kawasan Parlimen.

“Dia dipercayai menggunakan beberapa invois palsu bagi menuntut bayaran bagi kerja di kawasan Parlimen berkaitan bernilai antara RM9,500 hingga RM34,000” katanya.

SPRM dijangka akan memohon perintah reman ke atas suspek di Kompleks Mahkamah Sungai Petani hari ini.

 

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu