Nation
275

Bekas pengarah JSJ Bukit Aman Zaman Khan meninggal dunia

Petaling Jaya – Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan menghembuskan nafas terakhir pada pukul 10.15 pagi hari ini.

Difahamkan jenazah akan dibawa ke Masjid Bukit Aman di ibu negara untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Asar.

Khabar duka itu turut dikongsi Pakar Perlembagaan, Profesor Datuk Dr. Shamrahayu Abdul Aziz menerusi laman Facebook beliau sebentar tadi.

“Saya mendapat berita Tan Sri Zaman Khan baru saja meninggalkan kita. Moga rohnya ditempatkan bersama para anbiya dan para solihin. Bacalah al-Fatihah untuk Tan Sri,” tulisnya sebentar tadi, lapor Kosmo Online.

Tags: ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu