Kuala Lumpur Post

Social

Bekas pengerusi koperasi bergelar Datuk Seri ditahan kemuka matan palsu

KUALA LUMPUR — Seorang bekas pengerusi sebuah koperasi bergelar ‘datuk seri’ ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu untuk tuntutan khidmat nasihat dan projek pembangunan yang tidak dilaksanakan berjumlah kira-kira RM60,000.

Menurut sumber, suspek berusia dalam lingkungan 60-an itu ditahan pada 2 pukul petang semalam selepas hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kuala Lumpur.

“Suspek dipercayai mengemukakan tuntutan pembayaran khidmat nasihat bagi projek di Johor dan bayaran pendahuluan bagi projek pembangunan bercampur di Kuala Selangor, sedangkan kerja-kerja tersebut tidak dilaksanakan.

“Dia dipercayai melakukan perbuatan itu pada tahun 2020 hingga 2021 ketika memegang jawatan sebagai pengerusi koperasi berkenaan,” katanya.

Suspek kini ditahan reman tujuh hari bermula hari ini selepas Majistret Atiqah Mohamed membenarkan permohonan reman yang dikemukakan SPRM.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur Datuk Mohamad Fauzi Husin ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Tags: , ,