Social
432

Bekas petugas JKM dipenjara, denda RM16,000

George Town РSeorang bekas pembantu pembangunan masyarakat di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)  mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas 25 pertuduhan berhubung penyelewengan wang jabatan itu antara 2014 dan 2017.

Mohamed Hussain Mohamed Mydin, 41, yang membuat pengakuan itu di hadapan Majistret R.Manomani, Majistret Rosnee Mohd Ridzuan dan pembantu Pendaftar Mahkamah Muna Maria Azmi.

Dia didakwa mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 iaitu gagal memberi penjelasan berhubung wang di dalam akaun bank miliknya yang membawa hukuman maksimum penjara setahun dan denda RM1,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bagi 12 pertuduhan membabitkan wang berjumlah RM52,049, Manomani menjatuhkan hukuman denda RM1,000 bagi setiap pertuduhan terhadap Mohamed Hussain manakala bagi empat pertuduhan membabitkan wang berjumlah RM11,260 pula, Rosnee menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM1,000 bagi setiap pertuduhan.

Bagi sembilan lagi pertuduhan, Muna Maria menetapkan 25 Ogos sebagai tarikh jatuh hukum kerana majistret berkenaan sedang bercuti.

Berdasarkan fakta kes, pendakwaan ke atas Mohamed Hussain dibuat susulan laporan polis oleh pegawai JKM Timur Laut selepas mendapati berlaku penyelewengan wang jabatan itu berjumlah RM107,370 yang dibuktikan menerusi laporan audit antara 2013 dan 2017.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fatin Nur Athirah dan Mohamed Nazri Abdul Rahim manakala tertuduh diwakili peguam R.Puran daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu