Social
889
0

Bekas pramugari melecur teruk ketika cuba selamatkan tunang

Singapura – Seorang bekas pramugari Singapore Airlines melecur 80 peratus di seluruh badan ketika cuba menyelamatkan tunangnya daripada kereta yang sedang terbakar di Tanjong Pagar pagi semalam, lapor akhbar The Straits Times.

Raybe Oh Siew Huey, 26, yang berasal dari Malaysia kini berada dalam keadaan kritikal di Hospital Besar Singapura ekoran kecederaan serius dialaminya.

Difahamkan, kereta jenis BMW yang dipandu tunangnya, Jonathan Long, 29, melanggar rumah kedai sebelum terbakar bersama empat lagi individu di dalam kenderaan tersebut.

Menurut rakan mangsa, Akira Chan, 21, Siew Huey pada ketika itu berada berdekatan dengan lokasi kemalangan dan bergegas menghampiri kereta untuk menyelamatkan tunangnya.

“Dia cuba membuka pintu kereta tetapi api terlalu marak lalu menyambar tubuh Siew Huey. Dia cuma ingin menyelamatkan Long,” katanya.

Tunang mangsa dan empat individu lain dalam kereta tersebut dilaporkan meninggal dunia dalam kemalangan ngeri itu.

Siew Huey dilaporkan pernah melanjutkan pelajaran di sebuah politeknik tempatan. – Agensi

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu