Kuala Lumpur Post

Nation

‘Beri Anwar lebih masa tingkat ekonomi negara’ : Sultan Johor

KUALA LUMPUR — Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar diberikan lebih banyak masa untuk meningkatkan ekonomi negara.

Dalam wawancara khas dengan Sin Chew Daily, baginda memahami cabaran kewangan yang dihadapi pentadbiran Anwar.

“Anwar hanya menyedari kesulitan kewangan dihadapi kerajaan selepas mengambil alih pentadbiran,” titah baginda dalam wawancara khas dengan akhbar tempatan dalam bahasa Cina itu.

Sultan Ibrahim juga menzahirkan rasa lega terhadap lawatan Perdana Menteri ke China awal tahun ini yang membawa pulang hasil yang positif.

Menyentuh mengenai Anwar, Sultan Ibrahim bertitah, baginda mempunyai hubungan yang baik dengan Perdana Menteri.

“Ada kalanya, beliau meminta pandangan beta dan ada masanya, beliau memberikan cadangan kepada beta,” titah baginda.

Baginda juga menekankan pentingnya Malaysia mengekalkan hubungan baik dengan China.

Selain itu, Sultan Johor bertitah, tindakan meletakkan program Malaysia Rumah Keduaku (MM2U) di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya yang melaporkan terus kepada Perdana Menteri adalah satu pendekatan yang tepat.

“Untuk menarik lebih banyak pelaburan, Malaysia harus menawarkan pilihan visa yang mesra pelabur dan praktikal, terutama dalam penilaian semula program MM2U semasa kerana fasa kedua program ini tidak mesra pemohon dan fasa ketiga pula lebih buruk lagi,” titah baginda.

Tags: , ,