Nation
178
0

Berita-berita ringkas Dewan Rakyat

Berikut adalah berita-berita ringkas persidangan Dewan Rakyat hari ini:

Kementerian Kerja Raya (KKR) masih meneliti opsyen pengurusan lebuh raya di negara ini bagi meringankan beban kewangan ditanggung kerajaan serta mengimbangi keperluan pengguna lebuh raya, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Eddin Syazlee Shith.

“Memorandum Jemaah Menteri bersama hala tuju industri lebuh raya bertol di Malaysia antara kementerian, Kementerian Kewangan dan Unit kerjasama awam swasta serta Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan dibentangkan pada pertengahan bulan depan bagi tujuan itu,” katanya

Menjawab pertanyaan Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-Padang Terap) mengenai rundingan semula dengan syarikat konsesi lebuh raya tentang pengambilalihan konsesi lebuh raya di negara ini, beliau berkata keputusan yang akan diambil perlu mengambil kira impak kepada ekonomi serta keyakinan pelabur di dalam dan luar negara.

***************************************************

Johor ditawarkan semula menganjurkan Sukan Malaysia (Sukma) Ke-20 dan Para Sukma pada 2022 berikutan negeri itu telah melakukan persiapan hampir seratus peratus temasya sukan itu yang sepatutnya berlangsung tahun ini.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata anggaran keseluruhan kos penganjuran Sukan Malaysia ke-20 Johor adalah RM617.9 juta merangkumi peruntukan kerajaan Persekutuan dan negeri.

“Implikasi kewangan keseluruhan kerajaan adalah berjumlah RM207 juta berbanding RM410.9 juta yang dilaburkan oleh tuan rumah,” katanya pada sesi Kamar Khas bagi menjawab soalan V. Sivakumar (PH-Batu Gajah) yang meminta penjelasan mengenai peruntukan dibelanjakan bagi Sukma Johor dan isu had kelayakan umur atlet negeri bagi penganjuran temasya itu pada 2022.

Bagi kelayakan had umur atlet pula, Reezal Merican berkata Jawatankuasa Tertinggi SUKMA telah memutuskan supaya pertimbangan khusus diberi kepada persediaan awal atlet negeri bawah 21 tahun sebelum ini bagi menyertai temasya itu pada edisi 2022. – Bernama

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu