Nation
95

Berita Kelantan bakal kena PKP tidak benar

Kota Bharu – Penularan rakaman audio di media sosial kononnya negeri Kelantan bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah tidak benar, kata Ketua Polis Negeri Datuk Shafien Mamat.

Justeru, beliau meminta orang ramai merujuk kepada laman rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan bagi mendapatkan maklumat terkini keadaan dan arahan semasa dalam membendung penularan Covid-19 di negeri ini.

Dalam kenyataan di sini hari ini, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menularkan atau menyebarkan sebarang berita tidak benar tanpa merujuk kesahihannya.

Kenyataan tersebut dikeluarkan susulan tular satu rakaman audio seorang lelaki berdurasi 3 minit 18 saat menerusi aplikasi WhatApps yang mengatakan PKP akan dilaksanakan di Kelantan bermula 14 hingga 21 April ini.

Kelmarin, kerajaan mengumumkan PKP Bersyarat (PKPB) di Kelantan, Selangor, Johor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang dilanjutkan bermula 15 sehingga 28 April ini. – Bernama

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu