Social
275

Berpantang maut sebelum ajal

Kapit – Berpantang maut sebelum ajal. Ungkapan itu sesuai terhadap dua wanita yang cedera selepas kereta yang mereka naiki terjatuh ke dalam runtuhan jalan raya di Kilometer 4, Jalan Bukit Goram, di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Khirudin Drahman, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 6.23 pagi berhubung kejadian itu.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan itu.

“Setibanya di lokasi, didapati benar belaku runtuhan dan terdapat sebuah kereta jenis Proton Saga terjatuh ke dalam runtuhan runtuhan.

“Dilaporkan terdapat dua orang wanita di dalam kereta itu ketika kejadian, namun mereka berjaya keluar sebelum kehadiran anggota bomba,” katanya dalam kenyataan, hari ini

Khirudin berkata, mangsa Pui Sing Dong, 46, dan Debit Sullah, 32, hanya mengalami kecederaan ringan.

“Pihak bomba kemudian memasang sawar-sawar di lokasi runtuhan sebagai tanda amaran kepada pengguna jalan raya,” katanya. – BH Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu