Social
165

Beruk liar cederakan wanita diburu

Taiping Р Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak sedang memburu seekor beruk jantan liar yang mencederakan seorang wanita di Taman Tasik Taiping di sini, hari Sabtu.

Pengarah Perhilitan Perak Yusoff Shariff berkata, sepasukan anggota sudah dikerah mencari beruk itu selepas menerima laporan orang awam mengenai kejadian mangsa cedera di betis kiri akibat di cakar haiwan berkenaan ketika berjoging.

“Kita sudah menghantar anggota ke kawasan itu tetapi tidak menjumpai beruk terbabit. Kami akan melakukan tindakan untuk menangkapnya,” katanya dalam satu kenyataan hari Sabtu.

Kejadian itu turut tular di media sosial dan orang ramai diminta berhati-hati ketika bersiar di kawasan riadah terbabit bagi mengelakkan kejadian sama berulang. – Bernama

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu