Nation
165

Bicara kes 1MDB Najib ditangguh lagi

Kuala Lumpur – Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berhubung penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 bilion ditangguh lagi kerana bekas Perdana Menteri itu belum sembuh sepenuhnya selepas menjalani pembedahan mata, minggu lalu.

Menurut peguam bela utama kes itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, anak guamnya dinasihatkan oleh doktor untuk rehat dan mempunyai surat cuti (MC) berhubung masalah tersebut.

“Untuk maklumat Yang Arif, anak guam saya belum pulih lagi dan memerlukan sedikit tempoh untuk sembuh.

“Jadi saya minta penangguhan prosiding pada hari ini dan disambung pada Khamis memandang esok adalah cuti umum Hari Wesak,” katanya.

Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Collin Lawrence Sequerah kemudian menetapkan penangguhan itu dan perbicaraan disambung semula pada Khamis ini.

Semalam, Muhammad Shafeee memaklumkan anak guamnya menjalani pembedahan mata pada 20 Mei lalu kerana kesan hematoma dan sepatutnya pulih pada semalam.

Sementara itu, Hakim Collin memaklumkan prosiding pada Khamis ini akan mengikut prosedur standard operasi (SOP) ditetapkan kerajaan selaras pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan setiap pihak termasuk pihak pembelaan untuk meminimumkan kehadiran wakil dalam bilik prosiding.

“Ini adalah amat penting untuk menjaga soal kesihatan dan nyawa semua pihak sama ada kakitangan mahkamah dan semua pihak di dalam usaha mengekang penularan virus Covid-19,” katanya.

Najib, 67, yang didakwa atas 25 tuduhan pengubahan wang haram dan salah guna kedudukan serta penyelewengan dana berjumlah RM2.28 bilion kini dibicarakan berkenaan kes itu di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Perbicaraan bersambung Khamis ini.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu