Politics
194

BN tampilkan muka baharu di Melaka : Ahmad Zahid

Kuala Lumpur – Barisan Nasional (BN) akan menampilkan calon muka baharu yang terbaik untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 Nov depan.

Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ini tidak bermakna calon lama tidak baik tetapi BN akan melakukan perubahan.

“Selain itu, UMNO akan ada tempat untuk calon MCA dan MIC. Calon BN mestilah boleh diterima oleh semua kaum, semua agama dan keturunan di Melaka,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran jentera BN bagi PRN Melaka di Pusat Dagangan Dunia (WTC) semalam.

Presiden UMNO itu berkata ciri-ciri calon yang akan ditonjolkan BN pada PRN Melaka ialah individu ‘boleh menang, boleh diterima dan disenangi.’

“Tidak ada calon pilihan mana-mana pemimpin tertentu dalam PRN Melaka. Semua nama yang dicalonkan BN wajib diberi kemenangan,” katanya.

Pada majlis malam ini, Ahmad Zahid menyerahkan bendera BN kepada Pengerusi BN Parlimen-Parlimen Negeri Melaka iaitu Tangga Batu, Alor Gajah, Jasin, Kota Melaka, Hang Tuah Jaya dan Masjid Tanah.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 Nov manakala penamaan calon pada 8 Nov dan undi awal pada 16 Nov ini, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu