Social
369

Bob Mah Sing berjaya ditahan

Petaling Jaya – Penjenayah dikenali sebagai Bob Mah Sing yang terlibat dalam insiden merempuh dua buah kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sierramas, Sungai Buloh dekat sini semalam telah diberkas pihak polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, suspek yang berusia 40 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Shah Alam semalam.

“Siasatan mendapati suspek tidak bekerja dan mempunyai 20 rekod jenayah lampau berkaitan kes jenayah dan dadah. Suspek yang dikenali sebagai Bob Mah Sing ditahan pukul 11.45 malam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nik Ezanee berkata, kedua-dua suspek yang terbabit dalam kejadian itu akan direman hari ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 307, 427 dan 188 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya 1958,” katanya.

Kosmo! semalam melaporkan dua anggota polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar sebuah kereta jenis Proton Waja yang dinaiki dua lelaki selepas merempuh dua kenderaan.

Salah seorang lelaki terbabit dapat ditahan, manakala seorang lagi suspek dikenali sebagai ‘Bob Mah Sing’ dapat meloloskan diri.

Polis menemui plastik lutsinar disyaki dadah jenis heroin seberat 1.7 gram di dalam kenderaan yang ditinggalkan oleh kedua-dua suspek. – Kosmo Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu