Nation
969

Bomba : Pemasangan kawat berduri di tangga PPR kesilapan teknikal

Kuala Lumpur – Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, Nordin Pauzi, berkata pemasangan kawat berduri merentasi tangga di Blok C, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas, di sini, yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berpunca daripada kesilapan teknikal.

Nordin Pauzi berkata kawat berduri sepatutnya tidak dipasang di tangga, sebaliknya di aras bawah PPR berkenaan.

“Memang betul ada mesyuarat penyelarasan PKPD PPR dihadiri wakil bomba dan ahli komuniti setempat sebelum ini.

“Ada persetujuan mengenai pemasangan kawat duri itu, namun ia disebut secara umum. Perkara yang berlaku adalah isu kecil dan sudah diperbetulkan (kawat berduri di tangga dibuka semula).

“Dalam hal ini, kita akan pastikan tahap keselamatan penduduk diutamakan dan sentiasa mempunyai laluan keluar kecemasan jika berlaku insiden tidak diingini seperti kebakaran,” katanya, lapor BH Online.

Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dipetik berkata, pemasangan kawat berduri di tangga PPR melanggar peraturan bangunan dan arahan untuk membuka kembali kawat berduri sudah dikeluarkan.

Media sebelum ini melaporkan kawat berduri dipasang di tangga itu bagi mengelakkan penduduk keluar masuk dari blok berkenaan berikutan penguatkuasaan PKPD.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah dipetik berkata, pemasangan kawat berduri itu dipersetujui dalam mesyuarat penyelarasan PKPD yang turut dihadiri wakil bomba.

PKPD itu dilaksanakan terhadap satu blok sahaja berikutan blok lain didapati kurang berisiko.

Gambar pemasangan kawat berduri di tangga flat itu juga tular di media sosial yang mana netizen mendakwa ia membahayakan penduduk jika berlaku kecemasan.

Tags: , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu