Social
255
0

Bomoh didakwa lakukan seks dengan pesakit

Kota Bahru – Seorang pengamal perubatan tradisional didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan jenayah seksual terhadap pesakitnya, minggu lalu.

Tertuduh, Wan Ismail Wan Md Zain, 53, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Faizuan Sulaiman dan tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Roshayati Hassan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perhubungan seksual terhadap mangsa wanita berusia 28 tahun tanpa kerelaannya di sebuah bilik rumah di Taman KSN Melor, Kampung Permatang Pusu, di sini, jam 8.50 malam, pada 12 Januari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan. Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 30 tahun dan sebat.

Terdahulu, Roshayati memohon jaminan minimum dikenakan memandangkan tertuduh perlu menanggung empat anak.

Mahkamah menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin selain mengarahkan tertuduh melaporkan diri di balai polis setiap awal bulan serta tidak menganggu mangsa.

Mahkamah juga menetapkan 23 Februari sebagai tarikh sebutan semula kes. – BH Online

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu