Social
268

Bongkah konkrit jatuh tengah jalan MRR2

Kuala Lumpur – Satu bongkah konkrit berbentuk segi empat telah jatuh dari sebuah lori di lorong tengah di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) selepas Hillview menghala ke Ampang.

Kejadian pada pukul 7.45 pagi itu telah mengakibatkan trafik jalan raya tersebut sesak ketika orang ramai sedang keluar ke tempat kerja.

Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) dalam satu kenyataan ringkas di laman Twitter rasminya menafikan kejadian itu berpunca daripada pihaknya.

Bagaimanapun, bongkah itu telah dialihkan 55 minit kemudian dan trafik kembali lancar.

“Sila patuhi arahan petugas trafik di lokasi,” jelas kenyataan tersebut. – Kosmo Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu