Nation
75

Bonus raya RM1,000 untuk penjawat awam Pahang

Kuantan – Kira-kira 8,000 penjawat awam meliputi semua gred di Pahang menerima bantuan khas kewangan berjumlah RM1,000 bersempena Hari Raya Aidilfitri pada 7 Mei ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berkata turut menerima pemberian itu ialah penjawat awam persekutuan dengan gred JUSA C ke atas yang berkhidmat di Pahang sebagai sagu hati daripada kerajaan negeri.

“Keputusan ini dicapai pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pagi ini yang berasaskan kepada kemampuan kewangan negeri serta sikap peduli kerajaan negeri terhadap rakyat termasuk dalam kalangan penjawat awam.

“Pejabat kewangan negeri akan segera melakukan urusan susulan agar pembayaran dapat dibuat dan diharapkan wang pemberian ini dapat digunakan sewajarnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Wan Rosdy juga berharap badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan di Pahang dapat membuat pemberian yang serupa kepada pegawai dan kakitangan mereka. – Bernama

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu