Social
141

Bot & 13 kru nelayan tempatan ditahan

Lumut – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot nelayan tempatan bersama 13 kru kerana melanggar syarat lesen menangkap ikan di 0.4 batu nautika selatan Teluk Sekadeh, berhampiran Pulau Pangkor tiga hari lepas.

Pengarah Maritim Perak, Kapten Maritim Shahrizan Raman dalam satu kenyataan hari ini berkata bot bersama kru warga tempatan itu ditahan bot peronda kerana melakukan aktiviti menangkap ikan di bawah 3.0 batu nautika dengan menggunakan pukat jerut sebagai alat penangkapan ikan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati 13 kru termasuk tekong yang berumur dalam lingkungan 18 hingga 75 tahun berkenaan disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985,” katanya.

Beliau berkata tekong dan kru bersama bot kelas A itu diiring ke Pusat Tahanan Vesel (PTV) Kampung Bharu di Sitiawan bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut. – Bernama

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu