Social
197

Bot karam : 3 nelayan dikhuatiri hilang

Lumut – Tiga nelayan dikhuatiri hilang selepas bot dinaiki mereka dilaporkan karam dalam kejadian di perairan Pulau Talang, Pantai Remis, di sini, kira-kira jam 9 malam tadi.

Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) tiga mangsa berusia 29 hingga 70 terbabit diaktifkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) selepas menerima maklumat daripada Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi.

Pengarah Maritim Malaysia Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, pihaknya mengerakkan anggota dan bot Perkasa 1223 dan Kilat 11 ke lokasi untuk tindakan lanjut.

Katanya, seorang mangsa sempat menghubungi isterinya dan memaklumkan keadaan bot dinaiki mereka hampir karam.

“Setakat ini, bot yang berpangkalan di jeti Pantai Remis itu masih belum ditemui. Sektor pencarian diperluaskan hingga 42.3 batu nautika persegi. Keadaan laut bergelora dengan ketinggian ombak antara satu hingga 2.7 meter dan cuaca tidak menentu di lokasi kejadian menyukarkan operasi Carilamat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, operasi akan diteruskan sehingga jam 7.30 malam ini dan akan bersambung bermula 7 pagi esok sekiranya mangsa masih tidak ditemui.

“Maklumat sama turut disalurkan kepada Markas Pemerintahan Armada Barat Lumut, Pasukan Polis Marin Kampung Acheh, dan ‘Maritime Component Operation Comander’ (MCOC),” katanya.

Beliau menasihatkan komuniti maritim mengutamakan keselamatan semasa berada di laut dengan sentiasa memakai jaket keselamatan memandangkan keadaan cuaca kurang baik, lapor BH Online.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu