Social
391

Budak 2 tahun mati didera

Betong – Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun meninggal dunia dengan kesan kecederaan dan lebam di beberapa bahagian badan, dipercayai didera ahli keluarganya.

Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Zamry Alli berkata, seorang pegawai perubatan dari Hospital Betong memaklumkan seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia disyaki didera, pada jam 3.45 petang semalam.

“Susulan maklumat itu, pihak polis pergi ke hospital terbabit bagi mengesahkan kejadian.

“Mangsa dihantar oleh keluarganya ke Hospital Betong pada jam 3 petang,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pemeriksaan pegawai perubatan mendapati beberapa kesan kecederaan dan lebam di badan kanak-kanak itu, berkemungkinan menyebabkan kematian.

“Pihak polis menahan empat ahli keluarga kanak-kanak berkenaan yang berumur antara 22 hingga 65 tahun, termasuk ibu bapa kandungnya.

“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan permohonan reman akan dibuat ke atas suspek bagi membantu siasatan,” katanya. — BH Online

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu