Social
262

Budak 7 tahun didakwa rogol

New York – Mengejutkan apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di sini didakwa atas tuduhan rogol.

New York Post memetik laporan media tempatan WWNY, tertuduh menetap di Brasher Falls berhampiran sempadan Kanada itu

Budak itu didakwa selepas ditahan polis susulan satu kejadian yang berlaku pada Hari Kesyukuran.

CBS melaporkan tertuduh didakwa melakukan pemerkosaan tahap ketiga pada 23 Mac lalu.

Tertuduh bagaimanapun dibebaskan sementara kesnya akan dibicarakan di Mahkamah Keluarga.

Peguam bela yang mewakili tertuduh, Anthony Martone memberitahu media tempatan bahawa kes pertuduhan membabitkan anak guamnya tidak masuk akal.

“Secara zahirnya, anda tidak sedar apa dilakukan ketika berusia tujuh tahun.

“Jadi, pihak pendakwaan perlu membuktikan tertuduh benar-benar melakukan tindakan ini secara fizikal,” katanya. – New York Post

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu