Social
221

Budak maut dirempuh kereta depan rumah

Dungun – Seorang budak lelaki berusia tiga tahun maut selepas dirempuh sebuah kereta jenis Perodua Kancil di hadapan rumahnya di Kampung Wau Jerangau, dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian sekitar pukul 8.30 malam itu, Mu’thal Assalam Ahmad yang cedera parah di bahagian kepala meninggal dunia di lokasi.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sewaktu kejadian, mangsa dikatakan tiba-tiba meluru keluar dari laman rumahnya ke tengah jalan.

“Sebuah Perodua Kancil yang dipandu seorang wanita berusia 26 tahun yang dalam perjalanan ke Dungun tidak sempat mengelak lalu merempuh mangsa.

“Rempuhan itu menyebabkan mangsa tercampak sejauh beberapa meter dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jelasnya, wanita yang memandu kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, mayat kanak-kanak itu telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk proses bedah siasat. – Kosmo Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu