Social
577

Bukan berlaku di Rembau : Polis

Rembau – Polis menafikan video tular pergaduhan melibatkan dua individu didakwa berebut durian yang tular di aplikasi WhatsApp sejak petang Jumaat itu berlaku di Kampung Chembong Halt Kecil di sini.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, pergaduhan itu dikesan berlaku di Mexico dan bukannya di daerah ini seperti mana yang tular sekali gus menimbulkan kegusaran kepada penduduk setempat.

“Jangan sebarkan berita yang belum tahu kesahihan berlaku di kawasan Rembau dan akan menimbulkan kegusaran serta kebimbangan masyarakat setempat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Video tular di WhatsApp itu memaparkan pergaduhan dua lelaki yang diakhiri dengan kepala salah seorang daripada lelaki berkenaan ditetak dengan kapak.

 

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu