Social
451

Bukan berlaku di Sungai Siput : Polis

Sungai Siput – Ketua Polis Daerah Sungai Siput menafikan dakwaan berlaku kes rompakan bersenjata oleh empat individu dalam kejadian di sebuah rumah di sini seperti yang tular dalam media sosial sejak semalam.

Superintenden Mohd. Khaizam Ahmad Shahabudin sebaliknya berkata, kejadian yang direkodkan dalam klip video berdurasi dua minit dan 22 saat itu dilaporkan berlaku di New Delhi, India.

“Tiada kejadian rompakan bersenjata berlaku di sini seperti mana video yang tular, malah kita juga tidak menerima sebarang laporan polis berkaitan kes berkenaan

“Berdasarkan pemeriksaan, kejadian rompakan itu berlaku di India,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd. Khaizam, polis  telah mengenal pasti individu yang memuat naik video berkenaan di laman sosial Facebook (FB) dan akan memanggilnya untuk siasatan.

Katanya, video itu bagaimanapun dipadamkan individu terbabit.

“Kita telah kesan pemilik FB itu dan dia akan panggil untuk dirakam keterangan.

“Kes akan disiasat mengikut seksyen 505b Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998,” katanya.

 

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu