Social
324

Bukan bom sebenar

Kluang – Objek disyaki bom lama atau Unexploded Ordnance (UXO) yang ditemui di Kampung Pisang, Simpang Renggam pada Rabu lalu bukan bom sebenar.

Sebaliknya, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor mengesahkan UXO itu adalah amunisi tidak mengandungi bahan letupan berbahaya.

“Unit Pemusnah Bom (UPB) IPK Johor bersama UPB IPD Kluang menjalankan tindakan menyelamat objek disyaki bom lama di Kampung Pisang, Simpang Renggam, di sini Rabu lalu.

“Namun pemeriksaan lanjut pasukan UPB mendapati objek disyaki bom adalah amunisi tidak mengandungi sebarang bahan letupan berbahaya,” katanya dalam hantaran Facebook.

UXO itu ditemui pada jam 1.30 tengahari ketika penduduk kampung melakukan kerja pembersihan di lokasi berkenaan.

“Polis Johor mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan penduduk kampung yang sedar bahaya objek menyerupai bom lama.

“Orang ramai diingatkan tidak mengusik, menggerakkan atau mengalihkan objek seumpamanya bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini,” kata kenyataan itu. – BH Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu