Kuala Lumpur Post

Social

Bukit Aman siasat penyebaran gambar kecederaan didakwa Zayn Rayyan

SHAH ALAM – Siasatan berkaitan penyebaran gambar memaparkan keadaan kecederaan pada mayat yang didakwa adalah Zayn Rayyan Abdul Matiin akan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya sebelum ini menerima satu laporan berkaitan penyebaran gambar berkenaan yang dibuat oleh pegawai penyiasat kes.

“Siasatan bagi kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 dan ia akan diteruskan siasatan oleh USJT Bukit Aman,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini pada Selasa.