Social
245
0

Buruh mengaku curi RM79,200 dari akaun Tabung Haji mangsa ragut

Kota Bharu – Seorang buruh mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 19 pertuduhan berkaitan perbuatannya memindahkan wang akaun Tabung Haji sebanyak RM79,200 milik mangsa ragut melalui perbankan internet kepada tiga akaun rakannya, tahun lalu.

Tertuduh, Wan Mohamad Nadzir Wan Zahari, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut kesemua pertuduhan, dia didakwa melakukan capaian tanpa kuasa dengan menggunakan perbankan internet untuk memindahkan wang Tabung Haji berjumlah RM79,200 daripada akaun Nek Hasnah Awang @ Mohamed Ali Rahim, 57.

Wang tersebut dipindahkan kepada tiga akaun Tabung Haji berbeza milik Muhammad Hafiq Zulkifli, 27; Nur Afiqah Mohd. Shah Waliallah, 28 dan Faezah Ibrahim, 22.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh di Bank Tabung Haji, Pasir Puteh melalui 19 transaksi itu bermula 11 September hingga 6 Oktober tahun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Jenayah Komputer 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 (3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM150,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Faizuan Sulaiman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tiada sebarang jaminan dibenarkan kepada tertuduh dan mahkamah menetapkan 1 Februari ini sebagai tarikh untuk menjatuhkan hukuman. – Utusan

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu