Social
311

Buruh mengaku rogol jiran, tipu polis

Kuala Lumpur –  Seorang buruh Indonesia yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, mengaku bersalah merogol jirannya yang juga remaja perempuan berusia 16 tahun dan menipu seorang pegawai polis, dua tahun lalu.

Tertuduh, Rasul Jiwang, 59, membuat pengakuan itu selepas dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 16 tahun di sebuah rumah di Jalan Hiliran, di sini, antara jam 10 pagi hingga jam 12 tengah hari awal Februari 2019 dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun serta sebat.

Selain itu, tertuduh turut didakwa menipu seorang pegawai polis dengan menyamar sebagai Abu Bakar Kamat di alamat sama pada jam 10.40 malam 30 Mac 2019 dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sejurus pengakuan bersalah tertuduh direkodkan, Nooriah menetapkan 6 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk fakta dan hukuman.

Tiada sebarang jaminan ditawarkan memandangkan tertuduh adalah warga asing. — BH Online

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu