Nation
287

Cadangan pengeluaran had lesen warga emas belum dibincangkan : KPN

Kuala Lumpur – Cadangan mengehadkan pengeluaran lesen kenderaan motor kepada warga emas belum lagi dibincangkan secara mendalam.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata cadangan tersebut disuarakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias, semalam.

Beliau berkata saranan itu merupakan cadangan peribadi Azisman di peringkat JSPT sahaja dan belum dibincangkan secara lebih terperinci.

“JSPT sebagai jabatan Polis Diraja Malaysia yang terlibat dalam memastikan keselamatan jalan raya, sentiasa melihat kepada kaedah-kaedah meningkatkan keselamatan demi kepentingan masyarakat.

“Sebarang pengenalan kaedah yang baharu, hanya akan dilaksana setelah menjalani proses kajian serta diputuskan implementasinya oleh kesemua pihak yang berkepentingan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Bernama melaporkan PDRM mengesyorkan kepada kerajaan agar mengehadkan pengeluaran lesen memandu kepada warga emas.

Azisman dilaporkan berkata antara faktor yang menyumbang kepada kemalangan adalah kerana warga emas memandu kenderaan dalam keadaan mereka tidak sihat sepenuhnya.

Beliau juga dilaporkan berkata kumpulan warga emas seharusnya menjalani pemeriksaan kesihatan serta mendapatkan surat daripada doktor terlebih dahulu untuk mengesahkan bahawa mereka sihat untuk memandu, lapor Bernama

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu