Nation
368

Calon PM : Abang Johari enggan ulas lanjut pilihan GPS

Miri – Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg enggan mengulas lanjut ketika ditanya siapa yang menjadi pilihan GPS untuk menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Ketua Menteri Sarawak itu berkata beliau menyerahkan perkara itu kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui semasa menghadiri Majlis Pecah Tanah bangunan pejabat Korporat LAKU dan pejabat kawasan Miri di sini, apabila ditanya mengenai pendirian GPS selepas para pemimpin parti dalam gabungan itu dilaporkan selesai menghadiri sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, menerusi persidangan video.

Pemimpin parti yang berada di dalam GPS terdiri daripada Abang Johari yang merupakan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB); Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Dr Sim Kui Hian; Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Dr James Jemut Masing; dan Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Datuk Seri Tiong King Sing, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu