Nation
137
0

Caruman PERKESO-Sediakan payung, sebelum hujan – Saravanan

Kuala Lumpur- Sejurus selesai sesi penggulungan Belanjawan 2021 di peringkat dasar di parlimen, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan telah meluangkan masa untuk melawat Orang Berinsurans (OB), Encik Vijaya Kumaran, pekerja Alam Flora yang baru sahaja menjalani pembedahan implan di kepala semalam.

“Segalanya bermula beberapa bulan yang lepas, di mana isteri En. Vijaya menghantar mesej kepada saya dan memaklum bahawa suaminya ditimpa kemalangan jalan raya dan perlu menjalani pembedahan dengan segera. Tanpa membuang masa, saya telah menghubungi pihak PERKESO bagi menguruskan pembekalan implan untuk En. Vijaya,” ujar beliau.


PERKESO telah mengambil langkah proaktif dalam mempercepatkan permohonan Hilang Upaya Sementara (HUS) bagi pihak majikan OB yang tidak berkesempatan untuk menghantar permohonan HUS tersebut.

“Ini jelas menunjukkan kepentingan mencarum dengan PERKESO. Sediakan payung, sebelum hujan,” tegas beliau.

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu