Social
208
0

Cemburu punca wanita dibunuh

Kota Kinabalu – Kes penemuan mayat wanita di kawasan semak berhampiran tempat pembuangan sampah di Bandaran Berjaya di sini, Selasa lalu, diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Seorang lelaki berusia 30 tahun yang mempunyai 13 kes kes jenayah sejak lapan tahun lalu turut ditahan bagi membantu siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, setakat ini identiti mangsa dipercayai warga asing dikenali sebagai Kelly berusia lingkungan 30-an.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa dikatakan sering menghidu gam bersama dan ada saksi mendakwa berlaku pertengkaran antara mereka sebelum mangsa ditemukan mati.

“Suspek ditahan jam 7.30 malam Jumaat lalu di Jalan Maktab Gaya, di sini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Habibi berkata, soal siasat awal suspek mengaku menumbuk mangsa beberapa kali ketika bertengkar di atas bukit tempat tinggal mangsa.

Katanya, motif kejadian dipercayai disebabkan suspek cemburu terhadap mangsa selepas dilihat berjalan dengan lelaki lain sebelum kejadian.

“Bedah siasat mengesahkan punca kematian mangsa akibat kecederaan pada kepala dan muka disebabkan senjata tumpul dan pukulan yang kuat.

“Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dalam kejadian Selasa lalu, mayat wanita ditemui orang awam kira-kira jam 7 malam.

Pemeriksaan awal terhadap mayat mangsa mendapati tiada tanda suntikan BCG selain terdapat kesan lebam di kedua belah mata, mulut, dagu dan kedua-dua lengan. – Harian Metro

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu